Thanks all of my friends make me for yesterday.
Pagi pukul 4.30 aku dapat call mengejut dari member aku. Memang aku terus rush siap dalam keadaan mengantuk. Mana tak ye semalam aku tidur pukul 2. Memang mengantuk la jawabnya.
Last2 aku terpacak dekat Pizza Hut pukul 5.05. Tengok2 tak semua ada lagi.
Dan2 diowang tipu aku. Huhu. Jahat der Sir aku. Dalam pukul 5 lebih (sementara tunggu Hakim), kitaorang lepak dekat UF. Pukul 6 baru gerak.
So,panjat Bukit Broga tu dalam keadaan subuh. Nasib baik la aku tak solat. So,masa nak mendaki aku just baca ayat kerusi.
Alhamdulilah pukul 7 lebih sampai gak jejak Bukit Broga tu. Hehe.
Memang cantik pemandangan bila waktu pagi.
Pukul 8.30 kitowang turun sebab ada kerja staff yang kerja middle so bagi la diowang rest jap.
Balik2 (sampai Pizza Hut) semua cari sofa untuk tidur. Aku terus tidur sampai pukul 10.10.
Sebab aku ada plan dengan member nak keluar dalam pukul 10 camtu.
Last2 dia datang pukul 11.30. Kalau aku tau dah lama aku bangun pukul 10.30 ke,11 ke.
Penat tunggu dia.
Then sampai The Mines pukul 12 lebih. Then terus beli tiket cerita Adnan Sempit 2.
Sebabkan wayang pukul 2.10,so kami pergi makan dulu.
Masing2 tak makan. Habis makan terus movie so malas nak beli popcorn. Haha.
Lepas movie lepak jap sebelum wayang tiba2 kami cakap "perut terasa kosong lak".
Haha. Apa lagi cari McD. Haha. After that baru kami balik time tu pukul 8 lebih.
Tapi tak balik mana pun. Aku singgah Pizza Hut jap sebab aku ada tinggalkan beg dekat sana.
Lepak dekat Pizza Hut sampai pukul 10.40.
Then lepak dekat 7e. Saja nak kacau member aku dekat 7e sampai pukul 11 lebih.
Kiranya aku balik lewat gak la semalam. Dalam pukul 11.40 aku sampai rumah tak silap.
Memang tak reti penatkan aku ni ? Haha.
Balik lepas mandi terus tidur.
*Memang agak penat sebab aku ada terjatuh beberapa kali masa time turun Bukit Broga tu. Tapi aku tetap happy akhirnya dapat gak menjejakinya dengan kawan2. Walaupun ada semput dan pam 4 kali. Tapi tak ada hal la. Kira aku tak penat sebab asma ni. Thanks a lot God kerana memakbulkan doa ku :')
**part gambar tunggu aku ambil dekat album kawan2 aku,dah kumpul semua baru aku upload. Dekat phone aku tak banyak. Banyak pun gambar aku je. Nak masukkan gambar semua ada.