Assalamualaikum..
Semalam (13.2.2012),aku pergi Kajang (tempat kerja lama). Yeahh,aku rindu dekat korang semua.
Walaupun boleh dikatakan ada yang mengata aku (masa aku kerja dulu) tapi aku dah tak kisah dah.
Aku rindu Ms Cindy,Ms Alicia,Ms Jenny,Kak Ela,Kak Ana dan Ayie. Also Yi,tapi Yi dah berhenti.
Kak Ela cakap lepas aku berhenti 2 hari lepas tu Yi hilangkan diri. Langsung tak masuk kerja.
Mungkin Yi sunyi tanpa aku. Yi memang sedih lepas dia dapat tahu aku nak berhenti.
Perkenalan kami tak sampai seminggu. Too bad :(
Aku sempat berfikir if aku ke Kajang semalam aku dapat peluk Yi. Rindu sangat dekat dia :')
Tapi hampa sangat lepas Kak Ela cakap dia dah lama tak datang lepas aku berhenti.
Yi,where are you ? I miss you so badly :(
Selepas beberapa hari aku di Kajang (sampai pukul 7 lebih) my dad jemput aku balik kampung.
Jenguk nenek aku yang seminggu demam.
Bertambah luluh hati aku lepas aku melihat keadaan nenek.
Nenek demam seminggu dan seminggu jugak tak makan.
Masa borak dengan nenek air mata ini hanya mampu bertakung di mata.
Lepas aku tak dapat menahan aku pergi ke dapur. Buat2 berborak dengan aunty aku.
Tapi hati aku memang terasa sedih sangat :'(
Pada hari ini,lepas aku bangun aku sempat berborak dengan mummy.
Mummy tanya macam keadaan nenek time aku borak dengan nenek.
Aku ceritakan la,then mummy cakap Aunty aku dah rasa semacam dengan keadaan nenek.
Tiba2 suara aku berubah time aku berborak dengan mummy.
Aku tak berani nak cakap apa yang aku rasa tapi aku hanya mampu cakap "semoga nenek tak ada apa2 dan cepat sembuh". Then mummy cakap nak jenguk nenek setiap minggu. Sebab ada cakap dia teringin tengok anak perempuannya menjejaki kaki ke Tanah Suci selagi dia masih hidup.
Aku sempat berkata pada hati ketika on the way balik, "if nenek dah tak larat menempuh dugaan-Mu,aku rela Kau ambilnya. Aku tak mahu dia terseksa seperti mana pernah terjadi pada arwah Pak Ngah aku sebelum meninggal."
Ya Allah aku tetap mendoakan kesembuhan nenek ku. Aamin :')