Eqin Abd Razak

My photo
Hello !! I'm Eqin.. Owner this blog.. Yes,my life have a lot of love story.. So,don't ever ask why i always update about sad and happy is because of love. Thanks for reading my blog..

Tuesday, 14 August 2012

Hari penuh bermakna :D

12th Of August 2012

Aku tak sangka.. Boleh dikatakan seharian aku dengan Faqih.
Mula2 kiteorang lepak McD lepas balik kerja semalam dalam pukul 12 lebih until 6 pagi.
Sekali sahur dekat sana. 
Then dia cakap nak pergi KL. Aku tanpa segan silu cakap nak ikut.

Then balik rumah..Rest plus tidur jap.
Pukul 9 tu aku terjaga bila dia text.
Lepas tu aku terus tak dapat tidur until pukul 2.
Then kami bersiap,pukul 2.30 p.m terus gerak ke KL.
Agak malang sebab jalan macam H**** dan hujan sepanjang perjalanan dari Semenyih until KL.
Wow.. memang risau sangat kalau2 terjatuh sebab jalan sangat licin dan berlopak.
Jam dekat KL tu memang merisaukan aku gak sebab kawan aku banyak kali mencelah sebab masing2 bawa kereta macam jalan tu diowang punya tanpa bagi signal nak masuk kiri or kanan.

Then dalam pukul 5.30 kiteorang gerak ke Bangi tanpa sayangnya hujan makin lebat so kami singgah Alamanda. Park je motor dalam Alamanda,hujan makin lebat so kami merayau la dalam Alamanda sampai cari makanan untuk berbuka beberapa jam lagi.

After beli air Spritzer,Tinge Lemon,Mini Chipmore and Indulges Cake kami duduk dekat kerusi di bawah pokok2 yang masih ada baki air hujan.
Then aku on phone..Dengar lagu2 sambil menyanyi tanpa kami memikirkan masalah yang ada.
Memang fun habis. Rasa santai sangat !
Bila rasa lapar lagi kami pergi Sushi King makan sampai kenyang baru gerak balik.
Memang rasa happy habis hari ni even mata dan badan penat sebab tak cukup rehat.

Kalau la aku dapat lalui hari2 aku macam hari ni. Seriously,aku rasa aku paling bahagia sebab tak fikirkan masalah aku langsung satu harini.
Heartbroken yang lepas pun aku rasa macam tak pernah lalu.
Kami satu hari ni macam couple dah.
Tapi awak tetap sahabat terbaik yang saya pernah milik sampai bila2.
Thanks sudi buat saya bahagia dikala saya sedih kerana putus cinta dan awak ada bila saya perlukan teman untuk release tension.
Awak banyak mengajar saya erti hidup sebenar. Thanks alot awak !

I do,I need you friend :')